Home » Langit Terbuka » Tiada larangan tulis ucapan Krismas di kek – JAKIM

Tiada larangan tulis ucapan Krismas di kek – JAKIM

Tiada larangan tulis ucapan Krismas di kek - JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tiada larangan dikenakan ke atas pemegang sijil halal menulis ucapan perayaan pada kek untuk jualan.

JAKIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bebas menulis ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

“Buat semua pemegang SPHM, anda dinasihatkan merujuk kepada JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam negeri (MAIN) terlebih dahulu jika wujud sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek susulan Memorandum daripada sebuah syarikat bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk ‘Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes’ (tidak dibenar menulis ucapan Selamat Hari Krismas di atas kek).

JAKIM berkata, isu sama pernah dijawab pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

Sementara itu, kedai kek terbabit dalam pekeliling bertarikh 14 Disember 2023 dan ditandatangani pengurus operasi kedai roti itu mendakwa, larangan berkenaan adalah untuk mematuhi dan memenuhi keperluan pensijilan halal oleh JAKIM.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *