Home » Langit Terbuka » Sultan Mizan rasmi Masjid Balai Besar

Sultan Mizan rasmi Masjid Balai Besar

DUNGUN 4 Sept. – Masjid Balai Besar yang menjadi satu lagi lambang perkembangan syiar agama di negeri ini disempurnakan perasmain oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini.

Masjid di atas tapak seluas 1.6 hektar melibatkan kos RM5.4 juta bagi menampung pertambahan jemaah dan keperluan masa depan itu dilengkapi pelbagai kemudahan kegiatan keagamaan serta kemasyaratan.

Turut mengiringi baginda, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan dan disambut oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman serta Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatan­kuasa Komunikasi, Multime­dia dan Tugas-tugas Khas nege­ri, Ghazali Taib; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mat Yassin Awang dan pengerusi masjid, Datuk Rosli Mat Hassan.

Semasa bertitah, Sultan Mizan menyeru semua rakyat agar sama-sama memberi komitmen dalam mengimarahkan institusi masjid dan menjadi simbol kesa­tuan masyarakat.

“Jadikanlah urusan masjid sebagai tanggungjawab kita bersama. Semoga iltizam ini dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang,” titah ba­ginda.

Masjid Balai Besar yang siap sepenuhnya pada Jun 2013 dapat menampung kapasiti sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Sementara itu Rosli memberitahu, masjid ini dilengkapi dengan kemudahan bilik mandi mayat, bilik kuliah dan bilik me­ngaji bagi kemudahan masyarakat setempat.

Katanya, pada tahun 1992, usaha dibuat oleh Jawatankuasa Surau Balai Besar untuk menaik taraf surau ini kepada masjid bagi membolehkan solat Jumaat.

“Proses pembinaan mengambil masa kerana menghadapi masalah lokasi yang sesuai. Namun dengan usaha bersama Datuk Zaa’bar Mohd Adib yang menjadi Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Rantau Abang ketika itu, akhirya dapat dibangunkan,” ujar beliau.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *