Home » Langit Terbuka » Sultan Nazrin ingatkan kariah masjid

Sultan Nazrin ingatkan kariah masjid

Sultan Nazrin bertitah, musuh utama yang berpotensi besar mencemari masjid dan memecah belah ummah ialah kegiatan politik berpuak secara keterlaluan. - Foto NSTP

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini (24 Oktober) mengingatkan ahli jawatankuasa kariah masjid atau penceramah yang diberikan tauliah supaya melepaskan jawatan sekiranya mereka mempunyai agenda dan cita-cita politik sehingga menyalahgunakan masjid.

Baginda berkata individu-individu berkenaan hendaklah secara jujur, ikhlas, mulia lagi terhormat mengundur diri daripada bersifat gunting dalam lipatan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menodai kesucian politik.

“Amatlah janggal, jika para penceramah yang diberikan tauliah, penghormatan untuk berceramah di dalam rumah Allah menyalahgunakan amanah dengan menyelitkan dalam ceramah mereka unsur-unsur yang mencerca, menyindir dan merendahkan petugas-petugas Jabatan Agama Islam Negeri serta Polis Diraja Malaysia,” kata baginda ketika merasmikan Persidangan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid negeri Perak Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menegur tindakan individu-individu daripada kumpulan politik tertentu menggunakan beberapa pertubuhan bukan politik serta bukan kerajaan (NGO) dan memperkenalkan program tertentu untuk dijalankan di dalam atau kawasan masjid.

Kata Sultan Nazrin, program yang membawa jenama tertentu itu dijadikan topeng untuk melindungi niat sebenar yang tersirat.

Sultan Nazrin juga berkata musuh utama yang berpotensi besar mencemari masjid dan memecah belah ummah ialah kegiatan politik berpuak secara keterlaluan.

“Kebenaran dikorbankan kerana emosi sudah mengatasi kerasionalan. Fitnah menjadi lumrah, diolah termasuk oleh kalangan yang mematuhi kesemua lima Rukun Islam dan penyebaran fitnah dipermudahkan dan dirancakkan dengan adanya media sosial,” titah Sultan Nazrin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *