Home » Citra Yadim » Perkasa sinergi MAIM, MAWAR, NUIM

Perkasa sinergi MAIM, MAWAR, NUIM

PUTRAJAYA – Sinergi entiti di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bukan sahaja berperanan sebagai pemikir, tetapi berpotensi melonjakkan peranan badan ini dalam bidang dakwah di negara ini.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berharap, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Nadwah Ulama dan Ilmuan Islam Malaysia (NUIM) dapat memainkan peranan secara kolektif dan bersepadu dalam menjalankan kegiatan dakwah di negara ini.

Menurut beliau, yang utama ketika ini ialah mengatur gerak program di negeri negeri yang kini telah diwujudkan cawangan YADIM.

Selaku pemikir kepada YADIM gesa Nik Omar, adalah penting bagi ketiga tiganya sentiasa bekerjasama dan giat melaksanakan program dan penerangan kepada umum, khususnya tentang konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin.

“Untuk laksana program YADIM akan membantu dari segi kewangan. Walaupun tiada peruntukan khas atas nama majlis masing masing, tetapi boleh bergantung kepada bajet umum yang boleh dikaitkan dengan aktiviti entiti.

“Justeru yang diperlukan sekarang ialah cadangan program agar dana itu nanti boleh disalurkan,”katanya ketika mempengerusikan mesyuarat MAIM-MAWAR-NUIM di ibu pejabat YADIM di sini pada 23 Oktober.

Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengerusi NUIM, Dato’ Dr Abdul Halim Bin Yusof, Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Mohamad Raimi Abdul Rahim, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia, Nurul Nadhirah Liew, pendakwah terkemuka, Dr Hajar Opir, saintis alam sekitar dari Universiti Malaya, Prof Dr. Mohamad Pauzi Zakaria, pakar kewangan Islam, Rohani Dato’ Mohd Shahir dan ramai lagi.

Dalam pada itu menyentuh lagi tentang dana, majlis majlis tersebut  diminta memberikan anggaran belanjawan kepada YADIM untuk tahun hadapan bagi melicinkan operasi dan persediaan awal.

Berkenaan tenaga kerja Nik Omar menjelaskan, telah diletakkan kakitangan yang bertugas selaku sekretariat untuk ketiga tiga entiti itu, namun sekiranya perlu ianya akan ditambah lagi, bergantung kepada keperluan akan datang.

Pada masa yang sama, beliau menekankan tentang pentingnya usaha untuk ikhlas dan mencari redha Allah dalam melaksanakan tugas.

Nik Omar menyeru semua agar tidak menghiraukan apa juga kata kata negatif yang diterima sewaktu berjuang di jalan dakwah kerana katanya, yang lebih penting ialah pandangan Allah pada kita.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *