Home » Langit Terbuka » Sultan Selangor Bimbang Gejala Dadah Babitkan Golongan Belia

Sultan Selangor Bimbang Gejala Dadah Babitkan Golongan Belia

Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah gejala dadah terutama dalam kalangan golongan belia yang menyalahgunakan dan membawa masuk bahan itu dengan pelbagai modus operandi penyeludupan yang baharu sehingga sukar dibendung.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor, Zamani Ahmad Mansor berkata ini kerana, baginda selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati bilangan kes jenayah pengedaran dadah melibatkan golongan tersebut yang dibawa kepada lembaga itu amat tinggi.

Menurut Zamani Ahmad, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam laporannya menyebut hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan, didapati seramai 1,829 daripada 370,285 pelajar dari 178 sekolah disahkan positif dadah.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berasa gusar dan berdukacita dengan perkembangan kes-kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan implikasi yang negatif kepada golongan muda dalam negeri Selangor.”

“Gejala pengedaran dadah telah menjadi semakin serius dan kritikal serta telah mengundang kesengsaraan kepada deretan mangsa najis dadah beserta keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *