Home » Langit Terbuka » Sultan Selangor murka, nafi pengaruh Agong

Sultan Selangor murka, nafi pengaruh Agong

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka laporan tidak benar mendakwa baginda mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam pelantikan Perdana Menteri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda dalam titahnya tidak sama sekali mempengaruhi Sultan Muhammad V.

“Baginda kesal dengan laporan tidak benar yang sedang viral di media sosial mengaitkan baginda dengan pelantikan jawatan perdana menteri.

“Baginda sekali lagi ingin mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan mewujudkan ketegangan antara pihak istana Kerajaan Negeri atau Persekutuan dan mengganggu gugat keharmonian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *