Home » Langit Terbuka » Sultan Selangor ulangi ingatan masjid dan surau bukan medan politik

Sultan Selangor ulangi ingatan masjid dan surau bukan medan politik

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2023 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur politik.

Titah baginda, masjid dan surau sepatutnya menjadi medan penyatuan umat Islam dan bukan tempat membina jurang disebabkan berbeza fahaman politik.

“Beta mengambil kesempatan secara peribadi ingin mengingatkan semula kepada semua ahli yang berhormat agar tidak menjadikan masjid dan surau sebagai medan dan propaganda politik kepartian. Beta telah beberapa kali bertitah dan mengingatkan MAIS dan JAIS agar memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.

“Masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca kepada perbalahan dan sengketa yang akhirnya membina jurang pemisah di kalangan umat Islam atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik yang tiada kesudahannya,” titah Sultan Selangor pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke-enam Dewan Negeri Selangor yang ke-14 di sini, hari ini.

Titah baginda terdapat penceramah-penceramah tertentu ketika memberi ceramah di masjid dan surau telah mengambil kesempatan untuk menyindir, menghina, mencaci malah memfitnah pihak-pihak dan golongan tertentu atas sebab perbezaan fahaman politik.

“Beta amat bimbang budaya sebegini jika tidak dibendung akan terus memecahbelahkan umat Islam khususnya orang Melayu.

“Melihat kepada kesan buruk ini, beta telah menitahkan hanya mereka yang mempunyai tauliah dari Jawatankuasa tauliah MAIS dibenarkan untuk memberi ceramah, kuliah, tazkirah atau pengajian di masjid, surau atau di mana-mana tempat di negeri Selangor ini,” titahnya.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *