Home » Citra Yadim » Kunjungan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin

Kunjungan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin

PUYRAJAYA – YADIM hari ini (13 Mac) menerima kunjungan daripada Pejabat Agama Daerah (PAID) Jasin, Melaka di ibu pejabatnya yang berhasrat menjalin kerjasama lebih erat, khususnya dalam bidang dakwah di daerah berkenaan.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Tuan Haji Muhammad Mawardi Haji Shafai berkata, antara hasrat pihaknya yang diharap dapat diadakan bersama dengan YADIM ialah dalam  membina hubungan berpanjangan dengan saudara baharu di daerah berkenaan. Ini terutamanya dirancang untuk diadakan dengan komuniti Orang Asli di daerah tersebut.

Katanya lagi, antara yang mahu diadakan ialah kelas solat dan bacaan Al Fatihah.

Hadir sama mengiringi Muhammad Mawardi ialah Ketua unit Dakwah dan Penggerak Masyarakat Orang Asli PAID Jasin, Norlizawati Abdullah dan Pembantu Hal Ehwal Kanan PAID Jasin, Ustaz Khidir A. KadirPenjawatan

Dalam reaksi balas, YADIM menyambut baik hasrat tersebut yang sesuai dengan fokus YADIM khususnya di Melaka pada tahun ini yang mahu menumpukan kepada aspek ilmiah dalam gerak kerja dakwahnya.

YADIM juga mempelawa PAID Jasin untuk membawa komuniti Orang Asli yang berpotensi untuk menjalani latihan di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di Semungkis, Hulu Langat.

Mewakili YADIM dalam pertemuan ini ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat dan Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazali.

 

 

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *