Home » Langit Terbuka » Sultan Sharafuddin rasmi masjid bernilai RM9.5 juta

Sultan Sharafuddin rasmi masjid bernilai RM9.5 juta

Sultan Sharafuddin menandatangani plak perasmian pada Program Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Taman Padu Permai. Foto SINAR HARIAN

SUNGAI BESAR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Taman Padu Permai, hari ini.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM219, 000 kepada seramai 438 penerima.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM3, 500 diserahkan kepada tujuh asnaf fakir,

manakala RM157,500 diagihkan kepada seramai 315 asnaf miskin dan RM58,000 diserahkan

kepada 116 asnaf saudara baharu dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin merasmikan Masjid Taman Padu Permai yang menelan belanja RM9. 5 juta dan mampu memuatkan kira-kira 1, 500 jemaah.

Masjid itu mula beroperasi pada 7 Mac tahun lalu dan menjadi masjid ke 43 dibina di daerah berkenaan.

Sultan Sharafuddin serta para hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak dan terawih.

Turut hadir mengiringi baginda adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pada tahun ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM35,084,750   bantuan zakat untuk diagihkan kepada seramai 44,246 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta 5, 777 golongan asnaf saudara baharu di seluruh negeri ini.

Ia bertujuan bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Aidilfitri. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *