Home » Citra Yadim » Sumbangan BPNRS untuk wanita alami kesukaran

Sumbangan BPNRS untuk wanita alami kesukaran

KEPONG – Semoga tidak putus putus rezeki kalian kerana beri bantuan ini… Demikian reaksi Sharty Kalumpang, 34, dari Magna Court di sini yang menerima bantuan daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik (BPNRS) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Julai.

Wanita berasal dari Sabah ini menerima ujian cukup getir apabila terpaksa keluar dari kediamannya kerana tidak mampu membayar sewa selepas kekurangan wang.

Pada mulanya, Sharty menjalankan perniagaan kecil kecilan dengan menjual barang yang dipos ke Sabah kepada ibunya.

Pendapatannya terhenti apabila ibunya meninggal dunia. Meskipun ibu kepada dua anak ini kemudiannya diterima bekerja sebagai pembantu jualan, keadaan kewangannya bertambah buruk setelah Covid-19 melanda apabila hanya menerima gaji asas RM600 sahaja sebulan.

YADIM yang dimaklumkan mengenai kesukarannya berkunjung ke kediamannya di sini bagi menyampaikan sedikit wang tunai dan barangan keperluan harian.

Sumbangan disampaikan oleh Penolong Pengarah BPNRS, Salasiah Mohamed Arshad. Hadir sama ialah pegawai pegawai bahagian tersebut.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *