Home » Citra Yadim » Sumbangan daging segar untuk penduduk Kuala Langat

Sumbangan daging segar untuk penduduk Kuala Langat

MORIB – YADIM dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sekali lagi bergandingan menyantuni masyarakat menerusi sumbangan 250 pek daging segar untuk penduduk daerah Kuala Langat.

Sumbangan YAPEIM ini diserahkan kepada Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 31 Januari yang diberi kepercayaan mengagihkannya kepada penduduk daerah berkenaan.

Ia diserahkan oleh Pengarah YaPEIM Selangor,  Tuan Haji Yaacob Alias kepada pengerusi SAY Kuala Langat Hasmawi Mahidin. Hadir sama dalam program ini pegawai daripada YAPEIM, dan ahli-ahli SAY Kuala Langat.

Selepas agihan pertama pada hari berkenaan, sesi kedua diadakan pada 2 Februari kepada 20 keluarga di Tanjung Sepat, Pulau Carey dan penduduk sekitar kawasan ini.

Selepas ini agihan akan diadakan lagi kepada penduduk yang memerlukan seperti mualaf, warga emas, keluarga miskin dan lain lain di beberapa kawasan lain seperti Kampung Tongkah di sini.

Lebih banyak program menyebar rahmah Islam dan  kebaikan seperti ini telah diatur untuk menyantuni pelbagai lapisan komuniti.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *