Home » Langit Terbuka » Usaha pupuk semangat perpaduan diperhebatkan selaras gagasan Malaysia Madani

Usaha pupuk semangat perpaduan diperhebatkan selaras gagasan Malaysia Madani

Yang Berhormat Dato’ Setia Dr Mohd Na’im dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah pada Jamuan Muhibah YADIM sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Bandar Tun Razak pada 5 Februari. – Foto YADIM

KUALA LUMPUR –  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperhebatkan lagi usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata usaha itu selaras dengan konsep Membangunkan Malaysia Madani seperti yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita di agensi agama termasuk di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh gagasan ini dan akan perhebatkan lagi program ke arah penyatuan serta perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

“Kita akan perhebatkan usaha dan program untuk memupuk semangat kesatuan, perpaduan serta kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina anjuran YADIM di Pusat Belia Antarabangsa di sini, pada 5 Februari..

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, program jamuan itu menjadi bukti manifestasi konsep gagasan Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

Terdahulu, lebih 500 tetamu menghadiri program yang bertujuan mendekatkan YADIM dengan masyarakat khususnya komuniti Cina selain melaksanakan pelbagai pendekatan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Selain jamuan makan, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan buku serta pameran.

Malah, YADIM mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan untuk penduduk sekitar Parlimen Bandar Tun Razak. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *