Home » Citra Yadim » Sumbangan Musa’adah Covid-19 di Tanah Merah

Sumbangan Musa’adah Covid-19 di Tanah Merah

TANAH MERAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan melaksanakan gerak kerja Musa’adah Covid-19nya di daerah ini pula pada 11 Mei.

Sumbangan di sampaikan oleh Timbalan  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif  YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta pegawai pegawai YADIM.

Bantuan sebanyak 35 pek yang mengandungi keperluan makanan asas di serahkan kepada Exco Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa (RSY) YADIM, Muhamad Haniff Fitri Muhd Sawadi untuk diagihkan kepada ahli-ahli RSY dari kalangan anggota keluarga B40 yang berada di daerah ini.

Muhamad Haniff merupakan siswa di Universiti Sultan Azlan Shah, Perak yang akan mengagihkan bantuan ini dengan kerjasama ahli RSY Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di Kampung Manal, di sini .

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *