Home » Citra Yadim » Program Ziarah kasih dan pengagihan zakat

Program Ziarah kasih dan pengagihan zakat

KEBUN BHARU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 11 Mei telah melaksanakan programm Ziarah Kasih dan Pengagihan Zakat kepada penerima yang layak di sekitar Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini

Seramai 17 buah rumah telah diziarahi. Antara yang turun padang dalam program ini ialah Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri serta empat lagi ahli jawatankuasanya.

Program ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari, yang mana setiap rumah yang diziarahi menerima sumbangan barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai.

Menurut Hanizah, seorang individu telah menginfakkan sedikit daripada hartanya dan mengamanahkan SAR Kuala Langat untuk mengagihkannya.

Tambahnya lagi, program seumpama ini akan diadakan pula di Kampung Sijangkang, berhampiran kampung ini selepas ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *