Home » Citra Yadim » Sumbangan Musa’adah warga agensi terkesan banjir

Sumbangan Musa’adah warga agensi terkesan banjir

PUTRAJAYA – Seramai 338 warga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terkesan dengan musibah banjir baru baru ini disantuni menerusi sumbangan pasca banjir.

Gimik penyampaian sumbangan pada 11 Januari disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad di sini.

Mereka menerima sumbangan wang tunai, barangan makanan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan toto daripada Yayasan Waqaf Malaysia.

Wang terkumpul sebanyak RM338,000 yang disumbangkan kepada penerima adalah hasil sumbangan yang telah dilancarkan diperingkat agensi agama. 

Dalam ucapannya, Tuan Haji Idris menyatakan rakan agensi sentiasa komited membantu mangsa-mangsa banjir diseluruh Malaysia termasuklah warga agensi. Beliau menyatakan, musibah yang melanda bukan semata mata ujian buat mangsa banjir, malah untuk kita semua.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Mazuk bin Shaari dan Ketua-Ketua Agensi Agama dibawah Jabatan Perdana Menteri.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *