Home » Langit Terbuka » Wanita ‘berinteraksi dengan nabi’ akan dikaunseling

Wanita ‘berinteraksi dengan nabi’ akan dikaunseling

Tangkap layar wanita yang tular baru baru ini yang mendakwa 'berinteraksi dengan Nabi' di Makkah. - Foto Tik Tok

KUALA LUMPUR – Wanita yang mendakwa berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan.

“Jika kita tahu lokasi wanita berkenaan, kita minta pejabat agama negeri terlibat memanggil beliau untuk sesi kaunseling.

“Saya faham dalam keadaan langit terbuka semua orang boleh bercakap. Jika dahulu, penulis kolum akhbar akan disemak oleh editor tetapi sekarang semua boleh jadi wartawan, jurugambar, penerbit dan tukang cetak,” katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan di Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Taman Shamelin di sini pada 10 Januari.

Beliau menasihatkan masyarakat mempelajari ilmu agama dengan pihak yang bertauliah bagi mengelak kekeliruan dan terpesong akidah.

Baru-baru ini, tular video seorang wanita mendakwa telah berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah.

Melalui rakaman secara langsung itu, wanita itu memberitahu, baginda mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia selain turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

Bagaimanapun, seorang waris kepada wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan wanita itu berada dalam keadaan kecelaruan.

Idris menjelaskan, kes itu dirujuk kepada pejabat agama negeri berkenaan untuk tindakan lanjut.

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *