Home » Citra Yadim » Sumbangan pasca banjir Johor

Sumbangan pasca banjir Johor

SEGAMAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor akan meneruskan program bantuan pasca banjirnya di negeri ini ke daerah ini pula.

Seramai 545 keluarga mangsa banjir di daerah ini pada Disember lalu, akan menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan termasuklah kepada keluarga mangsa bukan Muslim di daerah ini.

Majlis akan bermula di Dewan Paya Merah,Labis di sini pada 7 Mac (Sabtu) jam 9 pagi, sebelum diteruskan pula di Balai Raya Kampung Padang Lalang, Sekijang di sini pada jam 11.30 pagi.

Majlis terakhir pula akan diadakan di Dewan Kampung Tandong pada jam 2 petang.

Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Pejabat Daerah Segamat

YADIM Johor sebelum ini telah menyantuni seramai 190 keluarga mangsa banjir Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *