Home » Langit Terbuka » Hari keputeraan Agong setiap Isnin pertama Jun

Hari keputeraan Agong setiap Isnin pertama Jun

Mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari keputeraan rasmi Seri Paduka ialah pada Isnin pertama, Jun setiap tahun, kata Ketua Setiausaha Negara. - Foto Flickr

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi 2020 dipinda daripada Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, hari keputeraan rasmi Seri Paduka ialah pada Isnin pertama, Jun setiap tahun.

“Hari keputeraan rasmi ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *