Home » Citra Yadim » Sumbangan Pek Makanan Berbuka Puasa Kepada Frontliner Kuantan

Sumbangan Pek Makanan Berbuka Puasa Kepada Frontliner Kuantan

KUANTAN – Mengenangkan pengorbanan petugas barisan hadapan menghadapi tugasan mencabar dan berisiko dalam mendepani Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang melalui Sukarelawan YADIM Kuantan pada 8 Mei telah menyantuni golongan berkenaan menerusi pemberian makanan berbuka puasa.

Menerusi Sukarelawan YADIM (SAY) Kuantan dan kerjasama Kelab Kebajikan & Sosial Pahang, sebanyak 160 pek makanan dan minuman berbuka puasa diagihkan kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan warga kerja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Sumbangan untuk IPD Kuantan diserahkan sendiri oleh Koordinator Pasukan Sukarelawan YADIM Kuantan Prof Madya Dr Azhar Jaafar, kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Sementara di HTAA pula diserahkan kepada wakil kakitangan untuk diagihkan berikutan SOP yang ditetapkan.Turut bersama sepanjang program ialah Setiausaha Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Mohd Khairul Nizam.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *