Home » Citra Yadim » Sumbangan pembasmi kuman di Warung Anim’s

Sumbangan pembasmi kuman di Warung Anim’s

KEBUN BHARU – Menyantuni masyarakat tidak semestinya memerlukan acara besar dan gilang gemilang.
Yang lebih utama ialah impak inisiatif yang dijalankan dan masyarakat menerima manfaat hasil program yang diadakan.
 
Pada 27 Februari, Sukarelawan YADIM telah mengadakan acara ringkas penyampaian botol pembasmi kuman kepada pengunjung sebuah warung popular di sini.
 
Diwakili Pengerusi SAY Kuala Langat Hasmawi Mahidin, pasukan ini menyampaikan 15 botol pembasmi ‘kuman untuk para pengunjung Warung Anim’s di Jalan Murai di sini.
 
Para penerima mengucapkan terima kasih dan syabas kepada SAY Kuala Langat atas keprihatinan yang ditunjukkan menerusi penyampaian sumbangan ini.
 
Meskipun secara ringkas dan mudah, namun ia bersesuaian dan tepat pada masanya ketika penjagaan kebersihan perlu diutamakan semua.
 
Hadir sama ialah Setiausaha SAY Kuala Langat, Hanizah Sumiri dan ahli jawatankuasa pasukan, Zaleha Mokhtarom, Toyimah Siron dan Saniah Koncong.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *