Home » Citra Yadim » Sumbangan telekung YADIM, Jakel dan Telekung Jannah

Sumbangan telekung YADIM, Jakel dan Telekung Jannah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama syarikat tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn. Bhd dan Telekung Jannah pada 20 Mei telah menyumbangkan sejumlah telekung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Telekung tersebut adalah untuk keperluan Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) dan Kluster di Bawah Pemantauan (PUI) yang berada di pusat kuarantin sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapan ringkasnya memberitahu, pihaknya mendapat maklumat terdapatnya keperluan bagi telekung berkenaan dalam majlis sumbangan kepada JKM sebelum ini.

“Alhamdulillah kami dapat bekerjasama dengan Jakel dan Telekung Jannah yang memberikan harga istimewa untuk disumbangkan menerusi program ini.

“Sebagai sebuah agensi yang mempunyai kaitan dengan dakwah secara langsung, program seumpama ini memang dekat dengan YADIM,” jelas beliau dalam majlis ringkas penyerahan di ibu pejabat YADIM di sini.

Sejumlah 300 helai telekung disampaikan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, JKM, Nazari Yusra Mohamad@Yusof.

Dalam pada itu, Nazari Yusra mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan tindak balas segera YADIM dalam menyampaikan sumbangan berkenaan.

Tambahnya, telekung itu nanti juga akan dapat dimanfaatkan oleh kakitangan yang bertugas di pusat kuarantin dan bukan mereka yang ditempatkan di sana semata mata.

YADIM sebelum ini bekerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia menyumbang lebih 2,000 naskhah bahan bacaan kepada JKM untuk dimanfaatkan di pusat kuarantin sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *