Home » Langit Terbuka » Sumbangan topeng muka, termometer & pembasmi kuman kepada CMS JKKNKL oleh MAIWP

Sumbangan topeng muka, termometer & pembasmi kuman kepada CMS JKKNKL oleh MAIWP

Peralatan yang disumbangkan MAIWP terdiri daripada 250 ribu topeng muka, 40 unit termometer dan sebanyak 50 botol pembasmi kuman. - Foto MAIWP

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyampaikan sumbangan beberapa bentuk peralatan Personal Protective Equipment (PPE) kepada Crisis Management Centre Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMS JKKNKL) untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan.

Peralatan yang disumbangkan terdiri daripada 250 ribu topeng muka, 40 unit termometer dan sebanyak 50 botol pembasmi kuman yang merupakan sebahagian daripada misi #musaadahcovid19.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri TPr Annuar Hj Musa sambil disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Sri Dr. Santhara J.P. pada 17 April.

MAIWP sehingga kini menerusi misi MusaadahCOVID19 telah meluluskan peruntukan khas zakat sebanyak RM34.41 juta bagi membantu asnaf, mereka yang terjejas dan pihak-pihak yang memerlukan bantuan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan

Turut hadir di majlis itu Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail. – MAIWP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *