Home » Langit Terbuka » Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang

Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang. - Foto Arkib YADIM

ALOR SETAR: Kesemua masjid yang berada dalam negeri Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat berjemaah dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Bagaimanapun, menurut Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, bilangan jemaah yang dibenarkan hanya terhad kepada tiga orang bagi satu-satu solat fardu dan tidak melibatkan surau-surau yang ada di negeri itu.

Tambahnya, kelonggaran terbabit juga tidak merangkumi solat Jumaat dan solat sunat Tarawih, yang mana rakyat negeri itu diminta melaksanakan dua ibadat terbabit di rumah masing-masing.

“Ia sekadar terbatas kepada tiga orang jemaah pada satu-satu masa, yang terdiri daripada pegawai masjid sahaja, iaitu imam, bilal dan siak. Mereka akan buat penggiliran. Tiga orang sahaja dalam satu masa.

“Walaupun dalam bilangan yang kecil, dari sudut agama, ia telah melepasi tuntutan fardu kifayah ke atas anak-anak kariah,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Pos Kawalan Taman Rakyat, Mergong, pada 17 April.

Dalam perkembangan sama, Sheikh Fadzil menyatakan, pihaknya masih mengadakan perbincangan berkenaan kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri bagi negeri Kedah dan ia akan dibuat berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19. – Awani

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *