Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk asnaf Bukit Kayu Hitam

Sumbangan untuk asnaf Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 30 asnaf yang dikenal pasti memerlukan menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 November.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Yang Berhormat Hajah Halimaton Shaadiah Saad.

Mereka yang menerima sumbangan ialah dari Kampung Binjai, Kampung Gelong Rambai, Kampung Belukang Guar Tanah Rang, Kampung Pulau Pisang dan Pekan Tunjang.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kedah Hafsah Husain, wakil komuniti Habsah Bakar dan wakil wakil dari Majlis Dakwah Negara, Inisiatif Bandar Selamat Jitra dan penghulu penghulu dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam.

Terdahulu, Hajah Halimaton Shaadiah melancarkan Program Bulan Dakwah Peringkat Negeri Kedah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *