Home » Citra Yadim » Program gotong royong kerjasama RELA dan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

Program gotong royong kerjasama RELA dan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

KEBUN BHARU – Bertempat di Pusat Khidmat Komuniti RELA di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat dan pasukan RELA Batu 10 Kebun Bharu telah bekerjasama dalam program komuniti masyarakat pada 15 November.
Kedua pihak bekerjasama bergotong royong membersihkan bangunan pusat khidmat berkenaan.
Seramai tujuh orang Sukarelawan YADIM terlibat manakala pihak RELA seramai 10 orang.
Antara yang hadir termasuklah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Setiausahanya, Hanizah Sumiri.
Hadir sama ialah Ketua Platun Rela Batu 10 Kebun Bharu, Rashid Yusoff.
Selesai acara di pusat khidmat, mereka menziarahi tiga kediaman asnaf yang memerlukan di kawasan ini dan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *