Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk balu wira negara dalam pencerobohan 2013

Sumbangan untuk balu wira negara dalam pencerobohan 2013

KOTA KINABALU – Siapa sangka suami yang sentiasa berada di samping, tiba tiba pergi selamanya. Lebih mengejutkan, nyawa suami direnggut kejam oleh penceroboh negara tanpa belas kasihan.

Namun itulah yanag berlaku kepada wira wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Menyedari nasib balu tragedi berkenaan perlu dibela, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 5 Mei berkunjung ke kediaman salah seorang balu tragedi berkenaan,  Hajah Marlinah Utan di Perumahan Kingfisher di sini.

Penolong Pengarah YADIM Sabah, Kurniahwati Zulfatmi menyampaikan bakul makanan untuk Hajah Marlinah dan seorang lagi balu, Hajah Sumiati Suarah.

Sumbangan disampaikan bukan sahaja atas rasa simpati, malah lebih lagi bagi menyantuni dan mengeratkan hubungan dengan mereka.

Keduanya masih bersedih jika diimbau tragedi berkenaan. YADIM Sabah juga akan mengambil inisiatif untuk mengekalkan hubungan dengan kedua mereka ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *