Home » Citra Yadim » Program Musaadah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan

Program Musaadah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan

SEMATAN – Selepas Asajaya, program Musaádah Ramadan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan ke kawasan ini bagi menyantuni warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan.
Perjalanan ke sekolah ini mengambil masa 2 jam 30 minit dari bandaraya Kuching dengan menaiki feri mengharungi Sungai Rambungan.
Program kali ini disertai Hornbill Triton Club yang membantu dari segi logistik untuk pengangkutan barangan.
Persiapan program bermula seawal jam 7.30 pagi sebelum tiba jam 11.40 pagi di sekolah tersebut.
Pengetua SMK Sematan, Reduan Taha mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang disalurkan YADIM kepada keluarga pelajar asnaf dan anak yatim sekolah berkenaan.
Beliau turut berpesan agar penerima bantuan terus bersemangat menuntut ilmu walaupun berdepan situasi pandemik.
Pegawai YADIM Sarawak, Zamri Haji Bali dalam ucapannya pula berharap bantuan yang disalurkan ini akan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga terutama dalam ketika pandemik serta persediaan menyambut lembaran.
Di sekolah ini, YADIM menyampaikan sumbangan 77 kotak barangan keperluan harian mengandungi beras, gula, perisa air segera, kopi, mee hoon, susu tin dan pek ketupat.
Terdahulu, sebelum ke Sematan, konvoi delegasi YADIM menziarahi madrasah di Kampung Selang Jalan Matang, Kuching bagi menyampaikan 10 kotak sumbangan berupa keperluan asas dapur kepada seorang penduduk, Syed Sheikh Syed Munir wakil mudir Rubath Raudhatul Mustofa, Kampung Selang Ulu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *