Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Tanah Puteh

Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Tanah Puteh

SERIAN – Selepas Kuching dan kawasan sekitarnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 18 Januari telah melaksanakan program bantuan banjirnya di Kampung Tanah Puteh di sini.

Sebanyak 101 set sumbangan makanan kering dan barangan penjagaan kesihatan disampaikan kepada mereka di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Tanah Puteh di sini.

Sumbangan ini memanfaatkan seramai 341 mangsa yang ditempatkan di pusat tersebut.
Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat, kepada Ketua Kampung Tanah Puteh, Semangot Seman.

Antara yang terlibat dalam misi ini ialah Sukarelawan YADIM, Earth Ul Mustafa Organization (EMO), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, Yayasan Ikhlas Sarawak, PEMANIS, Pertubuhan Prihatin Tunas Insan Sarawak dan Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *