Home » Citra Yadim » Gotong royong di Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dan Masjid Kampung Pantai Chenor

Gotong royong di Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dan Masjid Kampung Pantai Chenor

CHENOR – Madrasah Raudhah Al-Muhibbin di sini merupakan antara lokasi yang teruk menerima kesan akibat musibah banjir yang melanda negeri ini.

Prihatin dengan situasi itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia, Yayasan Amal Malaysia Pahang, Jabatan Amal Malaysia dan Ameerah Paya Besar pada 17 Januari telah bergotong-royong membersihkan lebih 17 buah pondok kediaman penuntut madrasah berkenaan yang dikenali dengan nama Pondok Pok Kob.

Turut bersama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Panching, Yang Berhormat Ustaz Tarmizi Yahya.

Pasukan Sukarelawan YADIM seramai 10 orang dipimpin oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok.

Turut dibersihkan ialah Masjid Kampung Pantai Chenor di sini.

Inisiatif yang bermula jam 9.30 pagi ini berakhir sekitar 1.30 PM.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *