Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk warga Bandar Baharu oleh YADIM Kedah – Veteran TUDM

Sumbangan untuk warga Bandar Baharu oleh YADIM Kedah – Veteran TUDM

MERBOK – Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Bandar Baharu, penduduknya memohon agar diberikan bantuan kepada mereka.

Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Merbok menyantuni warga kawasan berkenaan pada 15 Julai.

Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Baharu Sungai Lalang dan Surau As Syakirin Lembah Permai Bandar Baharu.

Sebanyak 50 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Para penerima terdiri daripada keluarga asnaf, pesakit kronik, ibu tunggal, mereka yang diberhentikan kerja dan lain lain lagi.

Turut menerima sumbangan termasuklah keluarga bukan Muslim yang terjejas di kawasan berkenaan.

Turun padang ke program ini ialah Pengerusi PVTUDM Merbok, Kapten (B) Abdullah Harun, Setiausaha  Masjid Bandar Baharu, Abd Halim Darus, Pengerusi Surau As Syakirin, Yusri Yusoff serta Ustaz Haji Azmi Mohamad selaku penyelaras program YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *