Home » Citra Yadim » Sumbangan YADIM Kelantan untuk Veteran ATM

Sumbangan YADIM Kelantan untuk Veteran ATM

KOTA BHARU – Sumbangan anggota tentera kepada negara amat bernilai dan sememangnya wajar dihargai.

Justeru bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka, khususnya kepada anggota veteran yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 21 April telah menyantuni golongan ini menerusi pemberian barangan keperluan.

Sebanyak 50 pek sumbangan diagihkan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh Kelantan. Anggota veteran disantuni hari ini terdiri daripada mereka yang mempunyai penyakit kronik dan kekurangan sumber pendapatan.

Selain meringankan beban, YADIM Kelantan berharap sumbangan ini akan sedikit sebanyak menceriakan anggota veteran yang disantuni, khususnya menjelang Ramadhan yang bakal tiba.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abdul Halim kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kelantan,  Mejar Mohd Syed Ifandi Syed Jaafar di pejabatnya di sini.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Musa’adah Covid-19 YADIM yang kini memasuki fasa kedua di seluruh negara.

Selain veteran ATM, YADIM Kelantan telah merancang beberapa lagi aktiviti bagi menyantuni pelbagai golongan yang terkesan dengan Covid-19 di negeri ini seperti pelajar dan asnaf.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *