Home » Langit Terbuka » Surau dipecah masuk, wang tabung kelas tahfiz hilang

Surau dipecah masuk, wang tabung kelas tahfiz hilang

JOHOR BAHRU – Surau At Taqwa di Taman Titiwangsa dekat Kluang dipecah masuk, Isnin lepas, menyebabkan wang tabung kelas tahfiz yang dianggar berjumlah antara RM100 dan RM200 hilang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, polis menerima laporan kejadian itu kira-kira 9 pagi hari sama daripada seorang anggota jawatankuasa keselamatan surau itu.

“Kejadian disedari seorang awam yang kemudian memaklumkan kepada anggota jawatankuasa keselamatan surau berkenaan pada 7 pagi selepas mendapati barang-barang di dalam bilik sistem siar raya surau tersebut berselerak,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata siasatan awal polis kemudian mendapati terdapat kesan kerosakan pada pintu masuk utama surau dan tabung terbabit dipecahkan suspek.

Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan atau pecah rumah. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *