Home » Langit Terbuka » Trend artis mencacah tatu, ia tetap haram walaupun sementara

Trend artis mencacah tatu, ia tetap haram walaupun sementara

Ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan walaupun bersifat sementara.

PENDAKWAH muda, Da’i Wan berkata tindakan mencacah tatu di mana-mana anggota tubuh badan adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia hanyalah tatu sementara.

Wan Dazrin Wan Din menjelaskan perbuatan tersebut adalah dilarang Allah SWT sebagaimana firman baginda Nabi Muhammad SAW.

“Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

“Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu yang bersifat kekal sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.

“Kita dianggap telah mengubah ciptaan Allah kerana tatu yang original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan,” katanya kepada mStar Online.

Bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim kedua ini turut diminta mengulas mengenai trend dalam kalangan selebriti dan anak muda yang gemar mengenakan tatu bersifat sementara.

Dalam hal ini, Da’i Wan berkata tiada kesalahan untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan, namun menjadi satu kesalahan untuk lelaki.

“Perempuan dibenarkan  mengenakan inai dengan corak bunga yang seakan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

“Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

“Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan,” ujarnya.

Terdahulu, foto seorang artis berkongsi lakaran tatu sementara ketika bercuti mengundang kecaman netizen yang mempertikaikan perbuatannya itu.- MSTAR

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *