Home » Langit Terbuka » Suri rumah berdepan 6 tuduhan hina Islam

Suri rumah berdepan 6 tuduhan hina Islam

OKS didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama. - Foto Fortune.com

SEPANG – Seorang suri rumah dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini (8 November) dengan enam pertuduhan kerana memuat naik bahan berunsur menghina agama Islam.

Fadilah Hamid, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS), dituduh melakukan kesalahan melalui akaun Facebook bernama “Fadhilah Abdulhamid” antara Februari dan Mac lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Enam pertuduhan itu dibaca di dalam Mahkamah Sesyen yang berlainan. Tiga pertuduhan dilakukan pada 19 Feb lepas pada kira-kira pukul 11.05 malam, pada 20 Feb lepas pada kira-kira pukul 12.39 tengah hari dan pada 2 Mac lepas pukul 3.38 petang.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, OKS didakwa menggunakan akaun Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

OKS mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Saifulakmal Mod Said di Mahkamah Sesyen 1.

Sementara itu, bagi tiga lagi pertuduhan, OKS didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 1 Mac lepas kira-kira pukul 10 malam, pada 19 Feb lepas kira-kira 8.52 malam dan 4 Mac kira-kira pukul 1.25 tengah hari.

OKS juga mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah di Mahkamah Sesyen 2.

Kedua-dua hakim menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Dis ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *