Home » Langit Terbuka » Suspek kes liwat maahad tahfiz disambung reman

Suspek kes liwat maahad tahfiz disambung reman

Superitendan Kama Azural Mohamed

KUANTAN – Tempoh tahanan reman ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes gangguan seksual dan liwat di sebuah maahad tahfiz di Bukit Bayroute, di sini, dilanjutkan sehingga 26 Mac ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superitendan Kama Azural Mohamed berkata, permohonan bagi melanjutkan penahanan reman itu bagi meneruskan dan melengkapi siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Khairul Bahriah di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Sementara itu, terdahulu pihak polis telah menahan suspek yang merupakan sukarelawan juga pegawai khas kerabat di bandar ini, 12 Mac lalu.

Berdasarkan laporan dibuat mendakwa semua mangsa mula diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan yang berhampiran.

Lelaki berkenaan dipercayai melakukan dera dan gangguan seksual ke atas 21 pelajar termasuk meliwat enam pelajar daripadanya yang berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Kejadian itu dipercayai berlaku sejak Ogos tahun lalu. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *