Home » Langit Terbuka » Susunan saf solat di masjid, surau dibincang Rabu ini

Susunan saf solat di masjid, surau dibincang Rabu ini

Ahli muzakarah yang dijadual hadir dalam isu saf solat terdiri daripada mufti negeri, ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar serta wakil daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. - Foto Suara Merdeka.com

PUTRAJAYA – Kebenaran merapatkan susunan saf solat berjemaah di masjid dan surau akan diputuskan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, muzakarah itu akan turut membincangkan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti di masjid dan surau.

Beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan muzakarah berkenaan, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Oktober lalu.

“Muzakarah pada kali ini bertujuan mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan membincangkan beberapa isu SOP, khususnya mengenai aktiviti masjid dan surau.

“Perbincangan ini termasuk cadangan SOP untuk merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah,” katanya melalui satu kenyataan media.

Beliau berkata, ahli muzakarah yang dijadual hadir terdiri daripada mufti negeri, ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar serta wakil daripada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya percaya muzakarah ini akan dapat mencapai satu keputusan demi maslahah orang ramai dan berharap aktiviti masjid dan surau, khususnya solat berjemaah akan dibenarkan seperti sedia kala dengan pematuhan SOP tertentu,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *