Home » Langit Terbuka » Tabung Haji belum terima status pampasan tragedi kren tumbang

Tabung Haji belum terima status pampasan tragedi kren tumbang

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menerima sebarang perkembangan mengenai status pembayaran wang pampasan kepada jemaah yang terkorban dan cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada musim haji September 2015.

Pun begitu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, TH sentiasa memantau dan berhubung dengan kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan perkembangan semasa mengenai perkara tersebut.

“Bayaran pampasan berhubung insiden tersebut adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi. TH telah menyerahkan senarai nama jemaah yang terlibat kepada kerajaan Arab Saudi untuk tujuan pampasan.

“TH sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi dan akan memaklumkan sekiranya terdapat perkembangan terkini daripada pihak terbabit,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang ingin mengtahui status pemberian pampasan kepada jemaah yang terlibat dalam tragedi tersebut dua tahun lepas.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai sumbangan TH terhadap mangsa terlibat, Asyraf Wajdi berkata, TH telah menyumbangkan sejumlah RM43,000 kepada keluarga setiap mangsa.

“Dalam masa tidak sampai seminggu selepas insiden itu, TH menyerahkan wang perlindungan Takaful sebanyak RM20,000, khairat kematian (RM3,000) dan sumbangan wang ihsan (RM20,000),” katanya.

Dalam kejadian 11 September 2015 itu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram.-www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *