Home » Langit Terbuka » Tabung Haji Sasar Agih Keuntungan Lebih Stabil

Tabung Haji Sasar Agih Keuntungan Lebih Stabil

Keselamatan pelaburan amat penting dan TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi, lebih-lebih lagi kesan penyusutan ekonomi negara dan dunia disebabkan pandemik COVID-19 . - Foto Focus Malaysia

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mensasarkan agihan keuntungan lebih stabil pada masa hadapan selaras matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, kadar pulangan yang lebih lestari adalah sangat penting kerana bakal jemaah haji Malaysia perlu menunggu giliran menunaikan haji disebabkan kuota haji yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

“Ini amanah kami yang paling besar, bagaimanapun kami perlu memastikan kelangsungan TH lebih 100 tahun lagi untuk para jemaah melengkapkan agama (menunaikan ibadah haji).

“Ini bermakna keselamatan pelaburan amat penting dan TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi, lebih-lebih lagi kesan penyusutan ekonomi negara dan dunia disebabkan pandemik COVID-19 tahun lalu,” katanya.

Semalam, TH mengumumkan agihan keuntungan yang lebih baik sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 3.05 peratus pada tahun 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendepositnya.

Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Dalam pada itu, pendeposit tidak perlu membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan mereka kerana TH memperuntukkan pembayaran zakat berjumlah RM106 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada tahun 2019.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *