MAIS pantau ketat ajaran sesat pesantren Jawa Barat

ABDUL Aziz Mohd. Yusof (kiri) bersama peserta Seminar Al-Quran dan Al-Qiraat peringkat Kebangsaan di UITM Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memantau ketat ajaran sesat yang didakwa melibatkan sebuah sekolah pondok atau pesantren di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, beliau setakat ini belum dimaklumkan secara terperinci mengenai isu tular tersebut, namun MAIS bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantau rapi secara berterusan mengenai semua […]

JAIS sedang perincikan laporan ajaran Hadi Minallah

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang memperincikan laporan siasatan mengenai ajaran Hadi Minallah.   Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, antara yang sedang dikenal pasti adalah sama ada ia melibatkan warga asing atau tidak.   “Setakat ini, kita masih […]

MAIN digesa percepat keluar fatwa ajaran sesat Hadi Minallah – Ahmad Marzuk

MELAKA – Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terutamanya yang mempunyai kes ajaran sesat Hadi Minallah digesa lebih proaktif mengadakan muzakarah fatwa bagi membolehkan tindakan diambil terhadap gerakan tersebut. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat ini pihaknya hanya dapat melakukan pengawasan terhadap kumpulan itu di bawah peruntukan […]

Sebar ajaran gaya ‘influencer’

MINGGU lalu akhbar ini melaporkan wujud satu ajaran yang dikenali dengan nama ‘Hadi Minallah’ susulan tularnya video perhimpunan pertubuhan itu di Pulau Langkawi, Jun lalu. Video yang tular di media sosial itu memaparkan beberapa wanita berniqab memeluk dan mencium tangan seorang lelaki dipercayai pengasas ajaran tersebut dalam satu majlis. Dilaporkan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam […]

Siasatan PMYT hampir selesai – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU – Siasatan terhadap Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dijangka selesai tidak lama lagi apabila ia diputuskan bertentangan dengan hukum syarak dan agama Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia hasil daripada Mesyuarat Khas Muzakarah Fatwa Kebangsaan (MFK) minggu lalu yang turut dihadiri oleh […]

Ajaran Si Hulk difatwakan sesat

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan fahaman dan ajaran yang diasaskan dan dibawa oleh Suhaini Bin Mohammad atau Suhai Ibni Mohammad atau Si Hulk atau apa jua nama atau gelaran yang dikaitkan dengannya adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, berkata keputusan itu dibuat […]

Pihak berkuasa siasat ajaran sesat ‘Agama Melayu’

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang menolak ajaran Islam. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, berkata sebagai agensi dakwah, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah dan fikrah. “Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama […]

17 ajaran sesat baharu muncul tahun lalu

PUTRAJAYA 9 Jan. – Sebanyak 17 ajaran sesat terbaharu dikenal pasti oleh kerajaan muncul sepanjang tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut menjadikan 39 keseluruhan ajaran sesat dan menyeleweng yang dikesan di negara ini. “19 daripadanya masih bergiat aktif dan Jabatan Agama Islam sedang melakukan penyiasatan,” katanya pada […]

Ajaran sesat

Istilah “ajaran sesat” adalah satu istilah yang bersifat relatif (tidak mutlak) kerana terdapat banyak takrifan dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakal sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dan […]