Home » Langit Terbuka » Pihak berkuasa siasat ajaran sesat ‘Agama Melayu’

Pihak berkuasa siasat ajaran sesat ‘Agama Melayu’

Sebagai sebuah agensi dakwah, YADIM sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah dan fikrah, kata Yang Dipertuanya - Foto Headtopics.com

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang menolak ajaran Islam.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, berkata sebagai agensi dakwah, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah dan fikrah.

“Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru dikenali sebagai Agama Melayu.

“Menggunakan lafaz syahadah yang pelik, seperti yang saya dengar lafaznya disambung pengakuan Aku Melayu sebanyak tujuh kali.

“Mereka menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan kononnya membawa Islam Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada 29 Januari.

Nasrudin berkata, daripada aspek penguatkuasaan, perkara itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa agama bagi tindakan selanjutnya.

“Makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutakhir ini.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu ini kerana jelas ia adalah ajaran yang sesat lagi menyesatkan.

“Saya sendiri pernah mengenali individu itu sepintas lalu lewat 20 tahun yang lalu semasa beliau masih belajar,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *