300 tempat kepada pelajar Malaysia di universiti Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di negara itu, kecuali perubatan. Menurut kenyataan Misi Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia (SACM), tawaran itu adalah hasil hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan pengiktirafan terhadap rakyat Malaysia. “Biasiswa itu terbuka kepada pelajar […]

Visa haji, umrah lulus dalam beberapa minit sahaja

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk memperluaskan penggunaan visa elektronik kepada jemaah haji dan umrah luar negara serta mempercepatkan proses pengeluarannya tanpa perlu mendapatkannya di pejabat kedutaan. Portal Arab News melaporkan, visa elektronik tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa minit sahaja kepada syarikat yang menggunakan pakej haji dan umrah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. […]

Pemeriksaan pasport jemaah haji Malaysia dilaksana lebih awal

KUALA LUMPUR – Jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, tidak perlu lagi menunggu lama untuk pemeriksaan pasport di Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, sistem prapelepasan yang dijadikan projek perintis pada tahun lepas, akan dilaksanakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini. Katanya, melalui […]

Arab Saudi boleh tangkap rakyat Malaysia buat umrah DIY

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa rakyat Malaysia supaya tidak mengatur sendiri urusan mengerjakan umrah, sebaliknya perlu melalui agensi pelancongan berdaftar. Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata demikian ketika memberi penjelasan berhubung isu membabitkan E-Umrah. “Saya mahu jelaskan bahawa rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan […]

Arab Saudi keluarkan 2.7 juta visa umrah

JEDDAH – Visa umrah yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini sudah mencecah 2.7 juta. Arab News yang memetik data daripada Kementerian Haji dan Umrah melaporkan, daripada jumlah itu, seramai 2,346,429 jemaah sudah ber­ada di negara ini. Kira-kira 2.1 juta jemaah memasuki negara ini menerusi pengangkutan udara manakala selebihnya iaitu 213,121 jemaah menerusi […]

Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran

RIYADH – Arab Saudi melakukan rombakan Kabinet besar-besaran, dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta. Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan, Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar. Abdullah bin Bandar bin Abdulaziz dilantik […]

Pakatan pasukan tentera perikatan Islam

DUBAI 15 Dis. – Arab Saudi, hari ini mengumumkan pembentukan pa­sukan tentera perikatan terdiri daripada 34 buah negara Islam, termasuk Malaysia bagi me­me­rangi keganasan. Menurut satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Arab Saudi, SPA, antara negara yang membentuk tentera perikatan itu ialah Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan […]

Etnik Rohingya

Munculnya isu etnik Rohingya yang mencari perlindungan di negara ini pada awalnya disambut dengan rasa simpati oleh rakyat Malaysia. Namun, setelah jumlahnya dikatakan mencecah ribuan orang, ia mula mendatangkan kegusaran penduduk tempatan khususnya di kawasan-kawasan yang menjadi lokasi pendaratan mereka di sekitar Selat Melaka. Di laman sosial, gambar-gambar pelarian Rohingya yang bersesak-sesak di dalam sebuah […]

Hudud bukan sekadar hukuman

ENAKMEN Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Kerajaan Kelantan, mendapat perhatian ramai, sejak dua minggu lalu. Ia mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. Wartawan BH mewawancara Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid bagi mendapatkan pandangannya. S: Bolehkah Prof jelaskan serba sedikit […]