Home » Langit Terbuka » Visa haji, umrah lulus dalam beberapa minit sahaja

Visa haji, umrah lulus dalam beberapa minit sahaja

Visa elektronik tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa minit sahaja kepada syarikat yang menggunakan pakej haji dan umrah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. - Foto Hajj & Umrah Planner

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk memperluaskan penggunaan visa elektronik kepada jemaah haji dan umrah luar negara serta mempercepatkan proses pengeluarannya tanpa perlu mendapatkannya di pejabat kedutaan.

Portal Arab News melaporkan, visa elektronik tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa minit sahaja kepada syarikat yang menggunakan pakej haji dan umrah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Penasihat Menteri Haji dan Umrah, Abdulrahman Shams berkata, jemaah dari luar negara perlu mendapatkan visa melalui syarikat dan ejen yang menawarkan perkhidmatan haji dan umrah.

“Oleh itu, visa elektronik akan dikeluarkan kepada entiti-entiti (syarikat dan ejen) yang akan dilesenkan bagi memudahkan melakukan haji dan umrah di negara ini,” katanya kepada MBC di sini semalam. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *