Home » Langit Terbuka » Arab Saudi boleh tangkap rakyat Malaysia buat umrah DIY

Arab Saudi boleh tangkap rakyat Malaysia buat umrah DIY

Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan kementerian, dan disahkan sebagai rakan muassasah kepada Kedutaan Arab Saudi, jelas Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya. - Foto AboutIslam.net

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa rakyat Malaysia supaya tidak mengatur sendiri urusan mengerjakan umrah, sebaliknya perlu melalui agensi pelancongan berdaftar.

Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata demikian ketika memberi penjelasan berhubung isu membabitkan E-Umrah.

“Saya mahu jelaskan bahawa rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan kementerian, dan disahkan sebagai rakan muassasah kepada Kedutaan Arab Saudi.

“Tolong jangan lakukan perancangan mengerjakan umrah DIY (secara sendiri) kerana kamu boleh ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi jika tidak mengikut prosedur,” katanya selepas melancarkan konvoi motosikal Jelajah Harapan 2019 JB-Dubai di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini.

Rashidi berkata, terdapat kekeliruan kerana segelintir individu menganggap mereka boleh memohon untuk perjalanan umrah secara dalam talian menerusi E-Umrah, dan mengabaikan keperluan lain.

“Saya tahu, kita menganggap lebih mudah berurusan secara dalam talian, maka kita tidak perlu lagi berurusan dengan agensi pelancongan berdaftar.

“Rakyat Malaysia perlu mematuhi garis panduan sedia ada dan menerusi saluran yang betul,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *