Kementerian Luar pastikan urusan jemaah haji lancar

PUTRAJAYA – Kementerian Luar akan bersama-sama memastikan urusan jemaah haji Malaysia pada tahun ini berjalan lancar. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya senada dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam bahawa Kerajaan Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Arab Saudi sama ada […]

Bakal jemaah haji diminta bersedia tahun ini: TH

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta bakal jemaah haji Malaysia untuk bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, nasihat itu dikeluarkan selepas Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan bahawa ibadat haji […]

Umat Islam mula tunaikan ibadat umrah

MAKKAH – Jemaah umrah yang sudah diimunisasi bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan pandemik Covid-19 pada Selasa mula mengerjakan ibadat sunah itu pada hari pertama umat Islam berpuasa di Makkah, Arab Saudi. Menurut AFP, kumpulan jemaah itu memakai pelitup muka memasuki Masjidil Haram mengikut kumpulan masing-masing dan mengelilingi Kaabah dengan mengekalkan jarak antara satu sama […]

Makkah sedia terima jemaah umrah yang sudah divaksin

JEDDAH – Makkah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal pada Rabu. Putera Khaled yang juga pengerusi jawatankuasa itu […]

Bayaran tunai haji tahun ini belum ditetapkan

KUALA LUMPUR – Bayaran yang akan ditanggung bakal jemaah haji bagi tahun ini masih belum ditetapkan walaupun kos mengerjakan haji meningkat kira-kira sembilan peratus, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, antara factor peningkatan kos it adalah berikutan caj cukai nilai tambah yang dinaikkan kerajaan […]

Malaysia puji inisiatif Arab Saudi akhiri krisis di Yaman

SHAH ALAM – Malaysia memuji inisiatif terbaharu Arab Saudi untuk menamatkan dan menyambung semula proses politik di Yaman. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut sangat signifikan bagi negara berkenaan. Sehubungan itu, katanya, Malaysia meminta semua pihak-pihak yang berkaitan merebut peluang keemasan dalam menjalankan pelbagai inisiatif tanpa prasyarat demi membangunkan semula negara Yaman. “Ia […]

Jemaah haji perlu divaksin

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti. Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi […]

SOP haji akan dikemaskini

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah […]

Menteri Agama keluar kenyataan beberapa hari lagi

PUTRAJAYA  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memperincikan perihal ibadat haji. Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari sahaja lagi, selepas mengadakan perbincangan tersebut. Zulkifli berkata, beliau berhasrat untuk ke Arab Saudi bagi melihat sendiri tahap […]

Bincang kos haji dengan Arab Saudi

Kuala Lumpur – Sebarang penambahan kos ibadat haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya menjangkakan kenaikan kos dan penambahan syarat berikutan penularan wabak Covid-19. Katanya, unjuran kos juga belum dapat ditentukan pada masa ini kerana belum ada simulasi […]