Home » Langit Terbuka » Malaysia puji inisiatif Arab Saudi akhiri krisis di Yaman

Malaysia puji inisiatif Arab Saudi akhiri krisis di Yaman

Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi dan komuniti antarabangsa demi memastikan keamanan, keselamatan serta kestabilan berkekalan di Yaman, ujar Wisma Putra. - Foto Wisma Putra

SHAH ALAM – Malaysia memuji inisiatif terbaharu Arab Saudi untuk menamatkan dan menyambung semula proses politik di Yaman.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut sangat signifikan bagi negara berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia meminta semua pihak-pihak yang berkaitan merebut peluang keemasan dalam menjalankan pelbagai inisiatif tanpa prasyarat demi membangunkan semula negara Yaman.

“Ia termasuk gencatan senjata di seluruh negara, pembukaan semula lapangan terbang Sana’a, kemasukan semula bahan bakar, minyak dan juga komoditi lain di negara terbabit menerusi Pelabuhan Hudaydah.

“Selain itu, membuat rundingan politik secara komprehensif antara Yaman dan pihak-pihak berkaitan,” menurut kenyataan tersebut pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra berkata, Malaysia yakin bahawa satu-satunya jalan keluar daripada konflik di Yaman adalah dengan memastikan penyelesaian politik yang inklusif dan dirundingkan.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi dan komuniti antarabangsa demi memastikan keamanan, keselamatan serta kestabilan berkekalan di Yaman,” katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyambut baik inisiatif Arab Saudi untuk mengakhiri krisis di Yaman dan mencapai penyelesaian politik komprehensif.

Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, usaha tersebut seiring dengan inisiatif PBB dan mengalu-alukan sokongan kerajaan itu terhadap usaha pertubuhan antarabangsa berkenaan. – Sinar Harian

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *