Home » Langit Terbuka » Umat Islam mula tunaikan ibadat umrah

Umat Islam mula tunaikan ibadat umrah

Hanya jemaah umrah yang sudah diimunisasi diberikan permit untuk mengerjakan umrah dan menghadiri solat di Masjidil Haram semasa bulan Ramadan, kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. - Foto Tribunnews

MAKKAH – Jemaah umrah yang sudah diimunisasi bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan pandemik Covid-19 pada Selasa mula mengerjakan ibadat sunah itu pada hari pertama umat Islam berpuasa di Makkah, Arab Saudi.

Menurut AFP, kumpulan jemaah itu memakai pelitup muka memasuki Masjidil Haram mengikut kumpulan masing-masing dan mengelilingi Kaabah dengan mengekalkan jarak antara satu sama lain.

Hanya jemaah umrah yang sudah diimunisasi diberikan permit untuk mengerjakan ibadat tersebut dan menghadiri solat di Masjidil Haram semasa bulan Ramadan, kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini.

Menurut kementerian tersebut, terdapat tiga kategori jemaah umrah yang dianggap sudah diimunisasi oleh pihak berkuasa negara itu.

Kategori pertama ialah jemaah itu telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan kategori kedua ialah mereka yang sudah menerima suntikan satu dos vaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, kategori ketiga pula terdiri daripada jemaah umrah yang sudah pulih daripada Covid-19.

Dasar itu menyebabkan jumlah jemaah umrah di Masjidil Haram meningkat kepada 50,000 setiap hari pada bulan Ramadan.

Menurut media kerajaan, ia juga membolehkan 100,000 umat Islam bersolat di masjid tersebut. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *