Masjidil Haram kembali dibuka

Jeddah – Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan Covid-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang […]

Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini

RIYADH – Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam. Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan. […]

Malaysia sedia benarkan jemaah tunai umrah, bergantung situasi semasa

PARIT – Tiada masalah untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah namun ia bergantung kepada situasi semasa penularan COVID-19 dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya menyambut baik segala keputusan yang bakal dilaksanakan Arab Saudi namun lebih mengutamakan kemaslahatan dan dari segi kesihatan. “Jadi, kalau […]

OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen, meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain. […]

Syarat ketat jemaah haji

Riyadh – Arab Saudi mengeluarkan garis panduan penjagaan dan keselamatan untuk mengekang penularan Covid-19 pada musim haji tahun ini. Garis panduan terbaharu itu juga mengarahkan jemaah tidak dibenarkan untuk menyentuh Kaabah dan perlu memakai pelitup muka sepanjang menjalani ibadat itu. Menerusi garis panduan yang dikeluarkan pada Isnin oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan, pihak berkuasa juga […]

Penangguhan pemergian jemaah haji demi kepentingan bersama umat Islam – Duta Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan berkata keputusan kerajaan Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini demi kepentingan bersama antara umat Islam bagi mengekang virus COVID-19. Qattan berkata beliau mengikuti reaksi rakyat (umat Islam) Malaysia di pelbagai platform berhubung keputusan penangguhan itu. “Saya mendapati rakyat Malaysia memahami […]

234 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi selamat tiba

KUALA LUMPUR – Seramai 234 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.51 tengah hari semalam (3 Julai). Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, berkata semua mereka berangkat pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh jam 11.47 malam waktu tempatan […]

Arab Saudi hadkan jemaah haji

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan ibadah haji akan diadakan secara terhad berikutan bimbang ia boleh menjadi faktor terbesar kepada penyebaran pandemik COVID-19 apabila ramai jemaah bersesak-sesak nanti. Namun begitu, kerajaan Arab Saudi setakat ini masih belum menentukan jumlah jemaah haji, yang pada tahun lalu dihadiri kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah […]

Ibadat haji: Kemampuan negara buat persediaan juga diambil kira

PUTRAJAYA – Jumlah kes Covid-19 di Arab Saudi yang melepasi angka 100,000 antara perkara yang menjadi pertimbangan bagi memutuskan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah bagi menunaikan haji tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perkara itu menjadi sebahagian daripada perbincangan pelbagai pihak dan badan berautoriti negara. “Kita […]

Arab Saudi tutup semula Jeddah

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan penutupan semula di Jeddah, iaitu pintu masuk untuk semua jemaah masuk ke Makkah dalam usaha mengatasi wabak COVID-19 daripada tersebar semula. “Selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar pesakit tinggi di bahagian rawatan rapi, kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga kesihatan yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu,” menurut kenyataan […]