Home » Langit Terbuka » Arab Saudi tutup semula Jeddah

Arab Saudi tutup semula Jeddah

Langkah penutupan semula Jeddah termasuklah perintah berkurung dari jam 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah. - Foto FMT

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan penutupan semula di Jeddah, iaitu pintu masuk untuk semua jemaah masuk ke Makkah dalam usaha mengatasi wabak COVID-19 daripada tersebar semula.

“Selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar pesakit tinggi di bahagian rawatan rapi, kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga kesihatan yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.

Langkah itu termasuklah perintah berkurung dari jam 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta di bandar Laut Merah, di mana lapangan terbangnya menerima kehadiran jemaah ke Makkah.

Selepas pelonggaran perintah berkurung pada Mei lalu, kementerian bakal mengenakan langkah yang ketat di Riyadh kerana ia menyaksikan peningkatan berterusan dalam tempoh beberapa hari.

Arab Saudi mengumumkan sebanyak 96,000 jangkitan COVID-19 dengan 642 kematian, iaitu paling banyak dalam kalangan negara Teluk.

Keadaan itu juga menyebabkan ibadah umrah dilarang dilaksanakan dalam tempoh setahun, malah pihak berkuasa juga belum mengumumkan untuk meneruskan ibadah haji.

Tahun lalu, seramai 2.5 juta orang berkunjung ke Arab Saudi untuk melakukan ibadah haji. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *