Kembara Tazkirah YADIM di Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA – Meneruskan pengisian Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), siri Kembara Tazkirah dengan tajuk Keluarga Sakinah Menuju Jannah telah diadakan di Jabatan Penerangan di sini pada 30 April. Ceramah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Mohd Idris Mohd Yusuff. Ia menyentuh mengenai konsep ujian yang paling besar di dalam hidup iaitu […]

Program Kembara Tazkirah YADIM di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

PUTRAJAYA – Kembara Tazkirah YADIM sempena program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan ke  Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri di sini pada 28 April. Kali ini selama sejam bermula 9.30 pagi, pegawai YADIM Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali, berkongsi mengenai tajuk Hikmah Dalam Kehidupan, yang menyentuh berkaitan dengan […]

Bicara Agama Badan Beruniform Sempena IRSYAD 360

SUNGAI PETANI – Program Bicara Agama Badan Beruniform dengan pihak Kastam Diraja Malaysia merupakan pengisian terbaharu untuk Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) Kedah. Program itu diadakan di Dewan Ceria, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Daerah Kuala Muda di sini pada 28 April. Seramai 42 anggota jabatan itu menyertai program ini. Ceramah disampaikan […]

Bicara Dakwah YADIM Kedah di IPD Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan program Bicara Dakwah di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada 21 April. Seramai 50 peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai polis serta isteri anggota di IPD ini menyertai program ini. Pegawai YADIM […]

Program Irsyad 360 YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Sebagai persediaan menjelang Ramadhan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mula melaksanakan program program bagi menyambut bulan mulia tersebut. Pada 2 April, YADIM Kelantan mengadakan kuliah Maghrib bertajuk “Persediaan Menyambut Ramadhan” di masjid Permatang Sungkai  sempena program Irsyad 360. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Haji Baharin Yusoff, Imam tua Masjid As Salam,  Pengkalan […]

YADIM Interaktif : Bina Insan Puspen

KOTA TINGGI- Selain Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, YADIM Johor juga mengadakan inisiatif menyantuni penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Siri terbaharu program itu diadakan di PUSPEN Kota Tinggi di Ladang Jaya Sri Perani di sini pada 31 Mac. Seramai 150 orang klien pusat tersebut menghadiri sesi ceramah kali ini yang disampaikan oleh penceramah […]

Siri 4 Kembara Israk Mikraj YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Siri keempat Kembara Israk Mikraj Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah diadakan pada 25 Mac di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini. Seramai 40 kakitangan agensi berkenaan menyertai program tersebut selain peserta yang terlibat secara dalam talian. Hadir sama ialah Pengarah AADK Johor, Azli Ubin serta Pengarah YADIM Johor, […]

Ceramah Israk Mikraj PUSPEN Serdang

SERDANG – Dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini, seramai 200 peserta pusat ini telah mengikuti sesi ceramah Israk Mikraj bertajuk ‘Rahsia Sebalik Israk & Mikraj’ yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Che Rush dari UF Consultancy. Program kerjasama secara berkala dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ini merupakan antara pengisian pemulihan untuk […]

YADIM Bersamamu di PUSPEN Serdang

BANDAR BAHARU – Usaha mendekati dan menyantuni golongan yang menjalani pemulihan daripada dadah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berjalan. Terbaharu pada 2 September, YADIM Kedah telah mengadakan program YADIM Bersamamu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang di sini. Program selama dua jam bermula pukul 11 pagi itu diadakan di surau PUSPEN Serdang […]

Solat fardu berjemaah, ceramah di Pulau Pinang dibenarkan

GEORGE TOWN – Bilangan jemaah solat fardu, solat jenazah bukan pesakit Covid-19, kuliah dan ceramah di Pulau Pinang yang dibenarkan mulai 24 Jun perlu mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau. Ia juga dilaksanakan dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter dan lain-lain syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengikut kemampuan pihak pengurusan […]