Home » Citra Yadim » Kembara Tazkirah YADIM di Jabatan Penerangan

Kembara Tazkirah YADIM di Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA – Meneruskan pengisian Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), siri Kembara Tazkirah dengan tajuk Keluarga Sakinah Menuju Jannah telah diadakan di Jabatan Penerangan di sini pada 30 April.

Ceramah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Mohd Idris Mohd Yusuff.

Ia menyentuh mengenai konsep ujian yang paling besar di dalam hidup iaitu nafsu.

Majlis ini dihadiri oleh kira kira 30 orang warga Jabatan Penerangan di Putrajaya. Secara keseluruhan, ia menerima sambutan sangat baik daripada warga Jabatan Penerangan yang menyatakan mereka mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama pada masa akan datang.

YADIM turut membuka reruai Dana Infaq di dalam program tersebut bagi mempromosikan tabung infaq YADIM kepada masyarakat umum khususnya memperkenalkan Kempen 1 Minggu 1 Ringgit yang sedang rancak dilaksanakan bagi tahun 2021.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *